Monday, July 20, 2026

Cuaca Panas: Dua daerah di Kelantan tahap berjaga-jaga

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) di negeri Kelantan sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut bermula Selasa.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, dua daerah yang terlibat adalah Tanah Merah dan Kuala Krai.

Amaran itu dikeluarkan setakat jam 4.30 petang hari Selasa

“Tiada kawasan di Sabah dan Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga),” katanya melalui hantaran Facebook.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan