Friday, June 5, 2026

Barcelona semakin hampir rangkul juara La Liga

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JARINGAN tunggal Jordi Alba membawa kemenangan tipis Barcelona 1-0 ke atas 10 pemain Osasuna dalam perlawanan LaLiga di Camp Nou, awal pagi tadi.

Kemenangan tipis ini membawa skuad bimbingan Xavi Hernandez hanya selangkah untuk meraih gelaran La Liga buat kali pertama sejak 2019.

Barca berkelebihan 14 mata di hadapan pasukan di tangga kedua Real Madrid yang tewas 0-2 kepada Real Sociedad.

Alba melakukan penyudah leret untuk menewaskan Aitor Fernandez di penghujung perlawanan.

Pelawat beraksi 10 permain selepas Jorge Herrando dibuang padang di mnit ke-26 mengasari Pedri ketika mereka bertahan daripada asakan barisan penyerang tuan rumah. 

Pasukan bimbingan Xavi Hernandez dilihat gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain hampir keseluruhan perlawanan selain meraih jumlah jaringan yang besar.

Barca kini mengumpul 82 mata dan hanya dipisahkan dengan satu kemenangan lagi untuk bergelar juara LaLiga.

Espanyol merupakan lawan mereka untuk perlawanan seterusnya pada Isnin depan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan