31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Agong beri laluan kepada ambulans

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VIDEO berdurasi 11 saat di laman sosial Facebook Istana Negara mendapat pelbagai komen positif warganet apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan laluan kepada sebuah ambulans, petang tadi.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pekan, Pahang.

Menerusi perkongsian video 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Advertisements

Menurut catatan di laman itu, seri paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Atlet kayak parah dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

ATLET kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, cedera parah setelah dipercayai dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh...

Lagi Artikel Berkaitan