26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Zaini Ujang dilantik KSU Sumber Manusia berkuatkuasa hari ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, Zaini berusia 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Ijazah Sarjana Kejuteraan Persekitaran, Universiti Newcastle di United Kingdom.

Advertisements

“Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UTM pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 1 Oktober 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Zaini pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Alam Sekitar dan Air.

“Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai ‘Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan