32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Tidak ada cadangan kurangkan kuota minyak masak subsidi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mempunyai cadangan untuk mengurangkan kuota sedia ada tersebut kepada 40,000 tan metrik minyak masak bersubsidi.

KPDN mmenerusi kenyataan berkata, kuota sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal.

“Dengan penjelasan tersebut, KPDN menepis laporan oleh media arus perdana baru-baru ini yang mendakwa isu kuota minyak masak subsidi mungkin akan dikurangkan kepada 40,000 tan metrik sebulan,”menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, KPDN berkata, daripada jumlah kuota 60,000 tan metrik itu ia adalah bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi satu kilogram.

Advertisements

“Ia juga adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja.

“Walaubagaimanapun, hasil pemeriksaan harian, didapati kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu.

“Situasi ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah, pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka.

“Faktor lain yang turut menyumbang seperti syarikat-syarikat pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes-kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran kerajaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan