29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dendam Bayern ke atas Freiburg terbalas

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BAYERN Munich berjaya menebus kekalahan mereka ke atas Freiburg minggu lalu selepas meraih kemenangan 1-0 di Europa-Park Stadion malam tadi.

Kemenangan ini membawa Bayern kekal menerajui Bundesliga mengatasi Borussia Dortmund dengan kelebihan dua mata.

Pasukan bimbingan Thomas Tuchel itu disingkirkan Freiburg dalam perlawanan DFB Pokal peringkat suku akhir pada Rabu lalu tetapi berjaya membalas dendam demgan kemenangan atas lawan yang sama pada perlawanan imi.

Rembatan jarak jauh Matthijs de Ligt selepas enam minit babak kedua bersambung menghadiahkan kemenangan buat Bayern.

Advertisements

Serangan bertali arus Bayern bagi mencari tambahan gol dinafikan aksi tangkas yang dipamerkan penjaga gol lawan, Mark Flekken.

Kekalahan Freiburg meleburkan rekod yang sebelum ini tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan terakhir, sekali gus memberikan Bayern kemenangan liga kedua berturut-turut sejak Tuchel mengambil alih pasukan itu.

Kejayaan raih tiga mata berharga di tempat lawan mengekalkan momentum skuad The Bavarians untuk memburu gelaran liga domestik buat kali ke-11 berturut-turut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan