31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Israel terus menunjukkan sikap tak berperikemanusiaan dan kejam apabila menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Serangan terbaharu sebelum masuk waktu Subuh tadi itu mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

Polis Israel mendakwa mereka bertindak balas terhadap “rusuhan”.

Insiden itu mencetuskan bantahan di seluruh Tebing Barat, dan tentera Israel mendakwa sembilan roket ditembak dari Gaza ke arah Israel selepas siren dibunyikan di bandar selatan

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, terdapat mangsa yang cedera dan pihak Israel dilaporkan menghalang pegawai perubatannya daripada sampai ke Al-Aqsa.

Advertisements

Dalam pada itu video berdurasi 22 saat dan 24 saat tersebar di media sosial memaparkan polis Israel turut melontar bom tangan selain membawa senjata api.

Terdapat kebimbangan keganasan seterusnya akan berlaku terutama ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan ketika ini dan Syawal tidak lama lagi.

Pejuang Palestin turut mengutuk serangan terbaharu ke atas jemaah yang disifatkan mereka sebagai tindakan jenayah.

Jordan, yang bertindak sebagai penjaga tapak suci Kristian dan Muslim Baitulmaqdis di bawah pengaturan status quo sejak perang 1967 mengecam tindakan Israel yang menyerbu kawasan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan