25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

JKR sedia lencongan di Gua Musang elak kesesakan Aidilfitri

Jalan Persekutuan FT2747 dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar ditutup sehingga pembinaan siap

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kerja Raya (JKR) menyediakan jalan lencongan bagi mengelakkan kesesakan dan risiko kemalangan ketika musim perayaan susulan penutupan Jalan Persekutuan FT2747 dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar di Gua Musang, Kelantan.

JKR menerusi kenyataan berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kepentingan serta keselamatan awam dan akan ditutup sehingga pembinaan siap. 

Katanya, ketika ini aktiviti pembinaan giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747 termasuk menaik taraf jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan.

“Setelah mengambil kira dan mempertimbangkan kepentingan serta keselamatan awam, FT2747 akan ditutup sehingga pembinaan siap. Jalan lencongan disediakan bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan risiko kemalangan di lokasi pembinaan. 

“Penyediaan jalan lencongan dengan menaiktaraf FT0O8: dari simpang Kampung Pulai ke simpang IPD Gua Musang telah diambil kira dalam skop projek LTU. Jalan lencongan ini telah pun siap dilebarkan pada 14 Disember 2021 dan sedia untuk digunakan,” katanya hari ini.

Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) dibina sepanjang 298.47km secara berfasa dengan enam pakej dan dipecahkan kepada 26 subpakej yang bermula dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan LPT, Pahang. 

Sehingga Mac 2023, sebanyak 10 subpakej telah siap dibina, 14 subpakej di peringkat pembinaan manakala dua subpakej di peringkat perolehan.

Advertisements

Pelaksanaan subpakej 3BC dan 3D turut melibatkan pembinaan di atas laluan sedia ada FT2747. 

Ketika ini, aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747.

Sementara itu, JKR berkata, pihaknya telah menyediakan Pelan Pengurusan Trafik yang lengkap sebagai panduan kepada pengguna jalan raya. 

Katanya, penggguna jalan rayas diharap dapat mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

“Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan.

“Pihak JKR juga sentiasa membuat penyelarasan dengan pihak berkepentingan bagi meminimumkan impak terhadap pengguna jalan raya dan penduduk setempat semasa pelaksanaan projek. 

“Pengguna jalan raya juga disarankan untuk merancang perjalanan sebaiknya terutama semasa musim perayaan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan