28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Al Hilal buru Messi, ditawar gaji RM1.93 bilion setahun

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KELAB Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan sedia membuat tawaran lumayan buat bintang sensasi, Lionel Messi sejumlah 400 juta euro (RM1.93 bilion) setahun.

Tawaran itu jauh lebih tinggi berbanding kontrak Cristiano Ronaldo bersama kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.

Wartawan terkemuka Itali, Fabrizio Romano melaporkan, kelab itu ingin menandatangani Messi yang membimbing Argentina merangkul Piala Dunia selepas kontraknya di Paris Saint-Germain berakhir musim panas ini.

Namun, Romano merasakan bekas pemain Barcelona itu akan memilih untuk kekal bermain dalam liga Eropah.

“Difahamkan Al Hilal membuat tawaran secara rasmi kepada Leo Messi. 

“Gaji yang ditawarkan 400 juta euro setahun.

Advertisements

“Bagaimanapun keutamaan Leo mahu terus beraksi di Eropah.

“Barcelona turut dikaitkan dengan perpindahan Messi namun menunggu FFP (Financial Fair Play) untuk mengemukakan bidaan serta memulakan rundingan dengan Messi,” kata Romano.

Messi dilaporkan tidak akan menandatangani kontrak lanjutan bersama PSG.

Nama pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu menjadi sebutan setelah beliau dicemuh penyokong sendiri ketika aksi menentang Lyon.

Selain itu, kapten Argentina itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer di Amerika Syarikat bersama Inter Miami. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan