31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pemimpin utama pembangkang tidak kelihatan pada sesi PMQ

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEGELINTIR Ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan ketiadaan beberapa pemimpin utama blok pembangkang dalam sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Pemimpin dari blok Perikatan Nasional (PN) yang dirujuk adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN – Pagoh) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN – Marang) yang tidak kelihatan di sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil  berkata dalam sesi tersebut, dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut hadir namun tidak bagi pemimpin tertinggi pembangkang.

“Pagi ini Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan mengenai hasil lawatan rasmi ke China, isu vape, dan isu doktor kontrak.

“YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof hadir sekali.

“Malangnya, sekali lagi Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang tidak hadir dan tidak menanyakan soalan.

“Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri diadakan setiap Selasa. Ini peluang terbaik Pembangkang bangkitkan soalan, berdepan, dan bersemuka dengan Perdana Menteri,” ciapnya menerusi laman Twitter pada Selasa.

Selain itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa ketiga-tiga pemimpin itu sudah hilang tujuh kali berturut-turut dalam sesi itu.

Advertisements

“Di United Kingdom, sesi PMQT adalah medan Perdana Menteri bertemu pembangkang.

“Di Malaysia, ketua pembangkang hilang buat kali ketujuh berturut-turut,” ciapnya di Twitter.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing turut mengkritik tindakan tiga pemimpin itu yang selalu tiada ketika sesi melibatkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.

“Pagoh, Marang dan Larut masih tidak kelihatan dalam dewan.

“Sedangkan PMX menjawab soalan sesi PMQT. Setakat ini, trio ini tidak pernah wujud berdepan dan berdebat dengan PMX dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri akan diadakan di Dewan Rakyat selama satu jam.

Sesi tersebut buat kali pertam diadakan oleh kerajaan perpaduan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan