26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Buruh warga Bangladesh maut jatuh Sungai Nenggiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG buruh warga Bangladesh ditemui lemas apabila terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika melakukan kerja di tapak projek hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kampung Star, di Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu mangsa, Md Kashem Sikdar, 35, dikatakan terjatuh bersama besi paip yang dipanjatnya.

Mennurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, semasa melakukan kerja-kerja di tapak projek mangsa memakai peralatan keselamatan yang lengkap.

“Kejadian disaksikan seorang penyelia di kawasan itu yang melihat mangsa terjatuh bersama besi paip yang dipanjatnya. 

Usaha menyelamat mangsa menjadi sukar dibuat kerana arus sungai yang deras.

“Pada jam 12.40 tengah hari mangsa dinaikkan ke darat menggunakan sampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Choon Foo berkata, siasatan di tempat kejadian tidak terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian mangsa.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Mengikut maklumat mangsa sudah bekerja selama enam bulan bekerja di tapak pembinaan hidroelektrik dan tidak mengalami sakit.

Ujarnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan