26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Warga emas maut dalam perjalanan balik rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.9 Lebuh Raya Kemuning, Shah Alam, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 9.21 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Alza.

Advertisements

“Rempuhan itu menyebabkan kereta Perodua Myvi mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Seksyen 18 menuju ke Kota Kemuning.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan