Wednesday, July 22, 2026

Bekalan air di 55 kawasan Klang, Shah Alam pulih

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKALAN air di kesemua 55 kawasan di daerah Klang dan Shah Alam yang terjejas susulan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang telah pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi tadi.

Perkara tersebut diumumkan Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook, turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pengguna di yang terjejas kesabaran dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Terdahulu, bekalan air di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10 malam sejak Jumaat lalu. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan