32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Wan Rosdy terus mendahului diikuti Khaled Nordin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNDIAN calon Naib Presiden UMNO masih kekal dengan meletakkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di tempat pertama dengan 25 undian, setakat pukul 7.30 petang tadi.

Ia diikuti rapat penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 21 undi sementara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperoleh 16 undi.

Ketiga-tiga calon itu meninggalkan lima calon Naib Presiden yang lain termasuklah Datuk Seri Azalina Othman Said meraih 11 undi; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sembilan undi; Datuk Ir Hasni Mohamad, enam undi, dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan lima undi.

Advertisements

Ahli UMNO Iskandar Puteri, Dr. Mohd Yusof Musa sehingga kini tidak mendapat sebarang undi setakat ini.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan