30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Guan Eng beri masa 7 hari untuk Muhyiddin minta maaf

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menghantar surat tuntutan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung tuduhan yang mengaitkan beliau dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Guan Eng dalam satu ciapan di Twitternya telah menghantar salinan surat tuntutan itu kepada pihak Muhyiddin hari ini dan memberi tempoh tujuh hari untuk bekas Perdana Menteri itu menarik balik dakwaan serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Berdasarkan salinan dokumen yang dimuat naik itu, surat tersebut dihantar kepada Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerusi Tetuan Gouk.

Surat tuntutan itu turut menyebut, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Guan Eng sebagai individu yang terlibat membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini dalam tiga kenyataan berasingan.

Muhyiddin juga dituntut untuk tidak mengulangi dakwaan itu lagi.

Advertisements

Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh ditetapkan, Tetuan Gouk bagi pihak Guan Eng, akan memfailkan writ saman bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa Guan Eng sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap keputusan mengenakan semula cukai ke atas Yayasan Albukhary.

Muhyiddin berkata, selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara pada Mei 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Guan Eng, selain turut menggesa Muhyiddin mengemukakan bukti.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan