32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Modul PPI Kemas ditambah baik – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Kerajaan menambah baik kurikulum pendidikan Islam sedia ada di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan memperkenalkan modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) mulai pengambilan tahun ini seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jabatan itu memberi penekanan terhadap dua aspek iaitu ibadah dan pengajian al-Quran membabitkan sebanyak 250,000 kanak-kanak termasuk pengambilan baharu.

“Penambahbaikan modul PPI ini turut merangkumi penyusunan semula kandungan modul keseluruhan mengikut kesesuaian tahap kanak-kanak berusia lima dan enam tahun secara spesifik.

“Aplikasi kaedah pembelajaran dan pemudah cara yang bersifat kontemporari, berkonsep didik hibur selaras dengan era digital berasaskan kompetensi dengan pengekalan identiti jati diri Kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama Kakitangan Kemas Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Kelantan hari ini.

Baca juga:   UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Yang turut hadiri, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Beliau yang juga Menteri KKDW berkata, pemerkasaan kualiti serta kompetensi itu turut melibatkan tenaga pengajar dengan siri latihan kemahiran profesional dan ikhtisas yang diiktiraf.

“Kita juga beri jaminan tidak akan mengetepikan murid-murid yang bukan beragama Islam dengan memberi peluang kepada mereka memulakan pendidikan dalam agama masing-masing kerana negara kita mengamalkan kebebasan beragama kepada semua rakyat,” katanya.

Baca juga:   Kerajaan PN tidak gagal penuhi aspirasi rakyat

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga berhasrat memperkenalkan modul Komunikasi Digital dalam masa terdekat kepada kalangan pemaju dan pendidik Kemas selari dengan peredaran teknologi masa kini.

“Saya memberi tanggungjawab kepada Ketua Setiusaha KKDW untuk mengusahakan peruntukan bagi memberi komputer riba kepada semua pemaju dan pendidik KEMAS,” katanya. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan