26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

RUU Warga Emas: Anak abai tanggungjawab bakal dikenakan tindakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti kesesuaian undang-undang yang bakal dikenakan kepada anak yang tidak bertanggungjawab terhadap ibu bapa masing-masing.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, perkara itu antara yang akan diketengahkan dalam merangka Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan RUU itu akan dibacakan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, tahun hadapan.

“Penggubalan RUU itu bukan hanya untuk melindungi warga emas, namun sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua pada 2030.

“Antara kandungan akta tersebut ialah pertama melindungi kebajikan warga emas, kedua melindungi hak asasi warga emas, ketiga memperkasakan warga emas, keempat memperkasakan ahli-ahli keluarga dan komuniti

“Kelima mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas dan keenam bagi mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk penjaga.

Advertisements

“KPWKM akan teliti kesesuaian undang-undang terhadap anak-anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa dalam akta tersebut bagi memastikan kesedaran masyarakat umum kepentingan menjaga warga emas,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada kementerian berhasrat memperkenalkan undang-undang mewajibkan potongan gaji anak yang menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan atau rumah jagaan warga emas di negara ini.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata, kementerian menyambut baik cadangan mewajibkan potongan gaji anak yang menghantar ibu bapa ke pusat jagaan sekiranya mereka berkemampuan.

“Namun, bagi yang tidak berkemampuan, KPWKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara menyeluruh bagi memelihara kebajikan warga emas yang ada dalam negara ini,” katanya.

Ujar beliau, antara inisiatif itu mewujudkan perkhidmatan institusi Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE) khusus bagi warga emas yang memerlukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan