Wednesday, July 22, 2026

Gulfood: 11 syarikat rekod potensi jualan lebih RM300 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 syarikat yang berada di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya merekodkan potensi jualan sebanyak RM318.56 juta ketika menyertai Gullfood 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

KUSKOP berkata, jumlah tersebut adalah jauh lebib tinggi berbanding yang sasaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.

“Syarikat-syarikat ini terlibat dalam Program Eksport Perniagaan (BEP) yang dikelolakan oleh SME Bank, agensi di bawah KUSKOP.

“Amaun potensi jualan tersebut telah melebihi sasaran asal sebanyak RM10 juta dan syarikat-syarikat terlibat turut menerima tempahan pembekalan daripada pelbagai negara selepas empat hari penganjuran di Gulfood 2023,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Gulfood merupakan pameran dan dagangan industri makanan yang menghimpunkan lebih 5,000 syarikat perniagaan dan minuman (F&B) dari seluruh dunia.

Pameran ini turut memperlihatkan lebih 100,000 product makanan daripada lebih 125 negara peserta. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan