24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

2 premis diarah tutup, langgar syarat penempatan makanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA premis diarahkan tutup serta-merta oleh pihak penguatkuasa menerusi Operasi Penguatkuasaan Malam Bilangan 5/2023 di Parlimen Cheras melibatkan premis makanan di sekitar Cheras Business Centre.

Operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar itu turut mendapat kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dan Pejabat Cawangan Cheras

DBKL mmenerusi kenyataan berkata, menerusi siri kali ini, sebanyak dua buah premis telah diberi arahan tutup serta-merta dan 49 kompaun telah dikeluarkan terhadap 32 premis yang telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan yang didapati daripada operasi ini terdapat premis yang tidak menyelenggara perangkap minyak, bahan mentah diletakan di atas lantai dan tidak memasang perangkap minyak.

Advertisements

“Lain-lain kesalahan yang turut didapati seperti terdapat hurungan najis tikus dan lipas di bahagian dapur, terdapat pekerja yang tidak mendapatkan kursus pengendalian makanan, pengendali makanan yang tidak mendapat suntikan Thypoid.

“Selain itu, ada premis didapati menjalankan aktiviti membasuh pinggan mangkuk di lorong belakang premis dan meletakan halangan di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Sehubungan dengan itu, kesemua tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pelesenan Penempatan Makanan (WPKL) 2016,” katanya.

Ujar DBKL, operasi seperti ini akan diteruskan di kawasan-kawasan tumpuan yang lain dari masa ke semasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan