26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jana Wibawa: SPRM nafi campur tangan luar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya wujud campur tangan dalam siasatan kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Menerusi kenyataan SPRM berkata, siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi sendiri oleh Suruhanjaya ini.

“Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya. Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campurtangan mana-mana pihak.

Advertisements

“Justeru itu, tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM tersebut atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej Suruhanjaya ini,” katanya hari ini.

Beberapa pemimpin parti politik dipanggil SPRM dan kemudiannya didakwa di mahkamah berhubung projek Jana Wibawa.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan tindakan tersebut berunsurkan politik bagi menjatuhkan lawan masing-masing. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan