Friday, June 5, 2026

Noh pro-prinsip secara selektif – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar bersikap pro-berprinsip secara selektif dan tidak secara menyeluruh.

Ini selepas Noh yang dipecat daripada UMNO, memuji kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui parti itu yang disifatkan lebih berprinsip berbanding kepimpinan hari ini.

Mohd Puad berkata, Noh hanya memuji kepimpinan Dr Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO apabila menggantung mana-mana ahli yang berdepan dengan kes mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

“Nampaknya Noh pro (sokong) “berprinsip secara selektif” bukan menyeluruh. Apakah tindakan Tun M (Mahathir) bergabung dengan DAP untuk jatuhkan UMNO adalah perbuatan berprinsip?

“Noh terperangkap dengan naratif Tun M. Tujuan Tun M mewujudkan (istilah) Kluster Mahkamah melalui “pertuduhan selektif” ialah untuk melakukan penghapusan politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang dilaporkan berkata, ketika era Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO, mana-mana pemimpin parti yang berdepan pendakwaan mahkamah akan digantung secara automatik oleh parti sehingga kes selesai.

Beliau berkata demikian ketika sesi townhall Perjuangan Yang Hilang di ibu negara yang turut disertai oleh Dr Mahathir dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata pertuduhan selektif oleh Dr Mahathir menyebabkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikenakan puluhan tuduhan di mahkamah.

“Membunuh politik mereka bermakna mudah untuk membunuh UMNO.

“Ternyata Tun M gagal. Zahid menang jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 2018. Kini Zahid menang pula jawatan Presiden tanpa bertanding. UMNO tidak berkubur pun.

“Maksudnya ahli yang buat keputusan. Mereka lebih faham dan cerdik daripada Noh. Mereka yang berhak menentukan siapa pemimpin ada prinsip. Noh perlu mengawal emosi marahnya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan