29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ulang tahun perkahwinan Agong, Raja Permaisuri ke-37

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WARGA Istana Negara merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan Diraja ke-37 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara itu dikongsikan dalam satu hantaran menerusi laman Facebook Istana Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Istana Negara turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan momen-momen pasangan diraja tersebut.

Perkongsian berkenaan mendapat reaksi positif dari rakyat jelata yang rata-ratanya mendoakan agar pasangan diraja berkenaan bahagia di dunia dan akhirat.

Advertisements

Untuk rekod, tanggal 6 Mac 1986, tarikh yang memahat sejarah penyatuan dua hati dari dua negeri.

Rakyat jelata khususnya di Johor dan Pahang menjadi saksi ikatan cinta pasangan diraja antara pada tahun bersejarah itu.

Perkenalan baginda berdua bermula sejak mereka masing-masing berusia 13 dan 12 tahun dari pertemuan di acara polo yang sering diadakan oleh keluarga Diraja Pahang dengan Johor, membawa sehingga ke peterana bersejarah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan