25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Zahida akan gunakan pengalaman untuk bertanding MKT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan mengesahkan akan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam Pemilihan UMNO kali ini.

Berbekalkan pengalaman yang ada menjadi perisai buat Zahida untuk bertanding jawatan berkenaan sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli MKT UMNO sejak 2013.

Untuk rekod beliau pernah menjadi Ahli MKT UMNO, Naib Ketua Puteri 2013 hingga 2018, dan terbaharu sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sejak 2018.

Zahida berkata, beliau akan gunakan sebaiknya pengalaman yang ada untuk terus bersama-sama pucuk pimpinan parti.

“UMNO sudah melalui banyak fasa kalah, menang, susah senang, krisis politik dan sebagainya.

Advertisements

“Namun sebagai orang parti, kita pilih untuk terus bersetia menghadapi badai dan setiap cabaran dalam perjuangan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pemilihan UMNO 2023, Zahida berkata, ia adalah ruang demokrasi bagi akar umbi menentukan barisan kepimpinan khasnya dalam MKT UMNO.

“Mohon doa, sokongan dan undi daripada para pejuang parti semua. Salam perjuangan,” katanya.

Seramai 115 pemimpin UMNO disahkan bertanding merebut 25 kekosongan jawatan Ahli MKT UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan