29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

4 kru Jabatan Perikanan Johor hilang ditemui selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Johor telah ditemui selamat bersama bot PL 87 yang dilaporkan hilang malam semalam di perairan negara jiran, Indonesia petang tadi.

Kesemua mereka beserta bot dipercayai telah mengalami kerosakan dan hanyut sebelum ditemui oleh kapal KRI SIGALU 857 milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) di kedudukan 23 batu nautika tenggara Tanjung Piai di perairan Batam, Indonesia sekitar jam 1.40 petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan sihat dan selamat manakala proses penghantaran pulang sedang diuruskan.

“Hasil maklumat awal diperoleh, bateri bot berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan.

“Bot kemudian tidak dapat berfungsi dengan baik sebelum dihanyutkan,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang Op CARILAMAT ini.

Bot PL 87 Jabatan Perikanan Negeri Johor bersama empat anggota Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Johor diketuai oleh Fatimah Razak, 36 dan tiga kru lain iaitu Zaharin Baharudin, 33, Abd Halim Sanip, 52 dan Mohd Marzuki Jusuh, 53, menaiki Bot PL87 telah berlepas keluar dari Tanjung Pengelih sekitar jam 12.45 tengah hari semalam.

Mereka sepatutnya tiba di Pangkalan Tampoi pada jam 6.30 petang semalam. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan