33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Empat premis kotor, jijik diarah tutup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT premis makanan diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, operasi Kebersihan Premis Makanan oleh Jabatan Kesihatan MPK pada 21 dan 22 Februari itu dijalankan di sekitar Bukit Tinggi dan Klang Utara.

Menurutnya, sebanyak 20 premis diperiksa dan empat premis daripadanya diarahkan tutup selama 14 hari kerana kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 62 (1) b Establismen Makanan MPK 2007.

“Sebanyak 15 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tandas kotor, peti sejuk kotor, dapur kotor dan tiada perangkap minyak.

“Selain itu, premis turut dikompaun kerana pekerja tiada suntikan anti demam kepialu, perniagaan tanpa lesen yang sah serta membuang sisa makanan ke dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Norfiza lagi, operasi bertujuan memastikan premis makanan bersih dan selamat untuk dikunjungi orang ramai selain mencegah berlaku kes keracunan makanan.

“Pengusaha makanan berdepan tindakan penutupan premis selama 14 hari di bawah Akta Makanan 1983 sekiranya terdapat kesan hurungan tikus dan lipas serta pengusaha dan pengendali makanan tidak mengamalkan kebersihan diri.

“Orang ramai harus peka dengan tahap kebersihan premis mereka kunjungi dan operasi yang MPK laksanakan ini adalah bukti betapa isu kebersihan sentiasa dalam perhatian.

“MPK juga tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kebersihan kerana ia membabitkan nyawa dan pengusaha premis perlu peka dengan kebersihan kedai mereka,” katanya

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan