30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Mohon, perbaharui pasport masih boleh ‘walk-in’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai masih boleh membuat permohonan dan memperbaharui pasport secara terus (walk-in) selain permohonan pasport secara dalam talian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan juga akan memastikan permohonan pasport secara terus itu dapat disiapkan dalam masa satu hari.

“Mengisi borang ikut syarat, dengan gambar yang berkualiti, (ambil masa) tak sampai lima minit.

“Cuma, pasportnya itu akan mengambil masa beberapa hari untuk siap, berbanding secara walk-in, yang akan siap pada hari sama.

“Kita masih benarkan permohonan secara walk-in. Kita juga komited agar ia dapat disiapkan dalam satu hari,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Pekan-BN) yang ingin tahu sama ada Kementerian Dałam Negeri (KDN) mempunyai cadangan untuk mengembalikan semula permohonan pasport seperti sebelum ini iaitu secara terus ke pejabat imigresen.

Saifuddin bagaimanapun mengesyorkan permohonan itu dibuat secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan di pejabat imigrese.

Advertisements

“Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dan sehinggalah hari ini, kita sudah mengeluarkan hampir 2.5 juta pasport.

“Daripada 2.5 juta pasport itu, 45 peratus adalah permohonan dalam talian. Cuma pasportnya itu akan mengambil masa beberapa hari berbanding walk-in hari itu juga siap. Itu sahaja bezanya,” katanya.

Selain itu, tambah Saifuddin Nasution, bagi mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), pintu masuk automatik yang sebelum ini hanya khusus untuk rakyat Malaysia akan dibuka kepada pelancong dari negara-negara berisiko rendah seperti Singapura, Brunei dan Negara Kumpulan Tujuh (G7).

Negara G7 merangkumi Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali.

Beliau memberitahu, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan pada lawatan beliau ke KLIA petang ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan