29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tular 2 biji tomato RM9, pekedai dikenakan kompaun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENIAGA kedai runcit yang tular menjual tomato dengan harga mahal dikenakan tindakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

KPDN dalam Facebook memaklumkan, sepasukan Pegawai Penguatkuasa KPDN Melaka membuat tinjauan bagi memastikan kesahihan berita tersebut.

“Tular berita yang menyatakan ada kedai menjual tomato dengan harga tidak masuk akal. Dengan pantas sepasukan Pegawai Penguatkuasa KPDN Melaka membuat tinjauan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tanda harga ada dipamerkan pada buah tomato tersebut iaitu RM 10.00 bagi sekilogram.

Advertisements

“Pemeriksaan menyeluruh juga telah dibuat dan satu tindakan kompaun telah diambil dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berkaitan tanda harga,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPDN memaklumkan pemilik premis ada menyatakan berlaku kesilapan semasa pengiraan dan baki wang tersebut telah dipulangkan semula kepada pelanggan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki terkejut apabila perlu membayar RM9 untuk harga dua biji tomato seberat kira-kira 200 gram yang dibeli dari sebuah kedai runcit kampung di Bukit Pulau.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan