25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Surat timbalan menteri mohon anak jadi lembaga pengarah tular

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sememangnya jadi anak seorang timbalan menteri, apatah lagi menteri dan sudah tentu perdana menteri sungguh beruntung.

Masakan tidak, untuk mencari pengalaman kerja, si ayah boleh memohon sokongan daripada menteri agar diluluskan.

Tidak hairanlah ramai yang ‘gila’ nak jadi perdana menteri. Rupa-rupanya banyak yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan keluarga, khususnya anak-anak.

Begitulah beruntungnya anak kepada seorang timbalan menteri ini. Nak cari pengalaman bekerja, si ayah boleh mendapatkan sokongan menterinya.

Ia berikutan tular sekeping surat dari seorang timbalan menteri yang memohon sokongan daripada Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Berhad.

Syarikat farmaseutikal tersebut merupakan syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sebuah badan di bawah Kementerian Pertahanan.

Advertisements
Surat seorang timbalan menteri memohon sokongan daripada Ismail Sabri agar anaknya diterima sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Berhad yang tular dalam media sosial sejak malam tadi. – Sumber: Media sosial

Menurut surat yang menggunakan kepala surat kementerian dan ditandatangani oleh si bapa yang juga seorang timbalan menteri, pelantikan tersebut membolehkan anaknya menimba pengalaman.

“Sesungguhnya perlantikan ini akan dapat memberi pengalaman kepada beliau selain berpeluang menyumbang idea bagi memantapkan lagi Pharmaniaga Berhad,” tulisnya dalam surat tersebut.

Surat itu telah diberikan nota “setuju” kepada LTAT daripada Ismail Sabri.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, kepala surat kementerian bukan untuk disalahgunakan.

Letterhead (kepala surat) bukan untuk disalahgunakan… urusan keluarga tolong ketepikan. Hentikan perkara tidak WAJAR. Tumpu berkhidmat untuk rakyat,”ciap Annuar menerusi twitternya malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan