29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kalau dah dilantik, segera letak jawatan – Shahril Hamdan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas seorang anggota Exconya yang menggunakan surat sokongan seorang menteri untuk mendapat jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, perbuatan itu jika benar, adalah sangat tidak wajar apatah lagi menggunakan pengaruh bapanya yang juga seorang timbalan menteri Kabinet.

Justeru Shahril berharap individu terbabit tidak meneruskan hasrat tersebut atau jika pelantikan telah dibuat, agar segera meletakkan jawatan.

SHAHRIL HAMDAN

“Kalau surat tu betul memang tak wajar. No justification untuk surat-surat macam ni apatah lagi dengan pertalian keluarga. Kalau sahih la benda ni, elok dia batalkan hasrat atau kalau dah dilantik, resign,” tegas beliau menerusi ciapan ditwitternya.

Beliau mengulas sekeping surat seorang timbalan menteri kepada Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob agar menyokong pelantikan anaknya sebagai lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd., iaitu syarikat di bawah Kementerian Pertahanan.

Advertisements

Surat tersebut yang menggunakan kepala surat sebuah kementerian dan jata negara itu tular dalam media sosial sejak petang semalam.

Shahril turut berharap agar tiada lagi ahli politik memegang jawatan dalam GLC kerana perkara seperti itu tidak disukai.

“Seelok-eloknya, lepasni tak perlu la ahli politik pegang jawatan GLC. Kalaupun rasa diri memang layak sebab selain politik hebat korporat ka, profesional ka, itu pun fikir 100 kali dulu. Rakyat memang tak suka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.

Katanya, perkara seperti itu tidak sepatutnya terus menjadi budaya dalam keadaan sekarang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan