24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiada timbalan tidak bantut usaha Mohd Na’im jaga agama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETIADAAN timbalan menteri di bawah portfolionya tidak membantutkan usaha Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di negara ini.

Malahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Agama) itu menghormati keputusan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengumumkan pelantikan jawatan timbalan menteri di bawah portfolio itu.

“Kuasa lantikan di bawah Perdana Menteri, saya hormati apa diputuskan Perdana Menteri. Sebelum ini pun saya ada sebut ini tanggungjawab besar dan amanah besar, maka akan jadi lebih besar dengan ketiadaan timbalan menteri.

“Kita akan cuba sebaiknya dan pikul (tanggungjawab), saya tengok ada kebaikan seolah-olah portfolio agama ini penjawat awam yang gerakkan. Insya-Allah jika kita berjaya gerak (portfolio ini), ia jadi satu isyarat jelas kemampuan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Munaqasyah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2022 hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pengumuman itu, Anwar tidak menyenaraikan dua timbalan menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.

Hari ini, seramai 27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan