28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

PDRM turut merampas sejumlah 2,241.53 kilogram dan 4,966.44 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM19.8 juta.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam ‘Op Tapis Khas 1 hingga 7’ bagi tempoh awal Januari sehingga kini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata daripada jumlah itu 16,433 adalah penagih dadah, tokan (4,498), lain-lain kesalahan (3,144), Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 (2,102), orang yang dikehendaki (1,685) dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (848).

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, PDRM turut merampas sejumlah 2,241.53 kilogram dan 4,966.44 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM19.8 juta.

“Selain itu, PDRM juga mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dan menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM612,563,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Noorsiah berkata pecahan aset yang disita membabitkan wang tunai bernilai RM32,663, barangan kemas RM49,600 dan kenderaan bernilai RM530,300.

Katanya, objektif operasi khas itu antaranya untuk mengesan dan menangkap tokan dadah di hotspot yang dikenal pasti, memusnahkan sarang penagihan dadah, mengambil tindakan ke atas penagih tegar, mengesan dan menangkap orang dikehendaki atas kesalahan dadah.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Selain itu, PDRM berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan