31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Syed Saddiq terus bawa suara rakyat di Parlimen

Pada masa sama, beliau dapat memberi fokus untuk membersihkan nama dalam mahkamah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MEMBAWA suara rakyat di Parlimen akan terus menjadi fokus utama Syed Saddiq Abdul Rahman walaupun tidak dilantik dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Muar itu, pelantikan Jemaah Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menghormati mandat berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik dalam kerajaan baharu itu.

“Sejujurnya ada hikmah MUDA tidak dimasukkan dalam Kabinet. Ini memberi peluang dan ruang lebih besar membawa suara rakyat di Parlimen kerana tiada kuasa memisahkan antara MUDA dengan rakyat.

“Pada masa sama, saya dapat fokus membersihkan nama dalam mahkamah.

“Malah, pada perjumpaan dengan Perdana Menteri, saya tekankan tidak mahu kes saya digugurkan kerana ingin keadilan ditegakkan dalam mahkamah,” kata Presiden MUDA menerusi rakaman video hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, masa untuk berpolitik sudah tamat dan mahu semua wakil rakyat memberi fokus berkhidmat kepada rakyat.

Syed Saddiq kini berdepan kes mahkamah membabitkan pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Hari ini, seramai 27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, hanya Syed Saddiq yang menang daripada enam calon yang diketengahkan oleh parti itu, yang membuat penampilan pertama dalam PRU. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan