24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Lelaki maut kenderaan dipandu jatuh dari tingkat 3 pangsapuri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.

Lelaki berusia 63 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.18 petang.

Menurut Komander Operasi Kanan, Hafizan Hassan, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

Advertisements
KENDERAAN mangsa yang jatuh di Bandar baru Sentul. – foto BOMBA

“Lelaki warga emas itu memandu pacuan empat roda Toyota Land Cruiser yang dipercayai terlanggar tembok tempat letak kereta mengakibatkan kenderaannya terjunam ke bawah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafizan berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan