26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Selepas Kedah, Perlis pula akan tutup kedai judi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN kerajaan negeri Kedah menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di negeri ini bakal diikuti kerajaan negeri Perlis pula.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata perkara itu sememangnya ada dalam perancangan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh kerajaan PN.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya masih meneliti berhubung aspek peraturan untuk kita (kerajaan negeri) ambil tindakan seterusnya.

“Insya-Allah, jika selesai penilaian itu dan dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri, saya akan isytiharkan sesuatu selepas ini,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Tahun 2023 di Dewan 2020, di Kangar, Perlis, hari ini.

Untuk rekod, tiga negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah telah pun menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri.

Advertisements

Mohd Shukri berkata, langkah penguatkuasaan itu sememangnya sudah dirancang oleh kerajaan negeri sebaik mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Saya akan pastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa unsur perjudian.

“Jadi, kita akan tunggu dan kaji dulu sebelum langkah berkenaan kita laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, berkata tindakan itu menyalahi hak asasi manusia.

“Kerajaan negeri seharusnya mengetatkan penguatkuasaan pertaruhan dan perjudian dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

“Malah, daripada meneruskan langkah itu kerajaan negeri juga boleh memberi advokasi atau pengajaran kepada masyarakat mengenai tidak bagusnya kegiatan berjudi ini daripada meneruskan tindakan menutup premis judi seperti di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan