29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Malaysia kutuk tindakan menteri Israel ceroboh laman Al-Aqsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab seorang menteri rejim Israel menceroboh masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, perbuatan terkutuk tokoh tersebut adalah jelas satu bentuk provokasi jahat ke atas status-quo kawasan Baitulmaqdis sendiri.

“Justeru, Malaysia melaknat dengan tegas aksi tindakan pencerobohan kurang ajar oleh menteri berkenaan ke atas kedudukan kompleks masjid Al-Haram Al-Sharif,” katanya.

Ujar Wisma Putra lagi, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa menuntut rejim Zionis bagi segera menghentikan provokasi dan mengekalkan kestabilan.

“Malaysia turut sentiasa berdiri teguh bersolidariti dengan penduduk Palestin dan mengulangi pendirian bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” katanya.

Malah menurut kenyataan itu lagi, Malaysia menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan suci Palestin untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel.

“Kerajaan negara ini juga tetap utuh dalam membela aspirasi usaha kemerdekaan Palestin sebagai negara berdaulat berdasarkan peta sempadan sebelum 1967 yang dipersetujui.

Semalam, Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir berhaluan kanan melawat kawasan tersebut yang juga dirujuk masyarakat Yahudi sebagai Temple Mount.

Kunjungan beliau yang berhaluan kanan ke situ pukul 7 pagi selama 15 minit ketika tempoh dibenarkan bagi penganut berkenaan mencetuskan bantahan banyak negara Islam.

Malahan, bekas Perdana Menteri dan kini ketua pembangkang Parlimen Israel, Yair Lapid turut menyelar lawatan itu sebagai melampau serta menjana banyak keganasan balas.

Advertisements

Kedutaan Amerika Syarikat di negara haram itu serta Majlis Keselamatan Nasional White House sendiri memberi amaran tindakan beliau boleh menjejaskan proses keamanan.

Kerajaan Jordan yang merupakan penjaga wakaf Al-Aqsa juga membidas lawatan Ben Gvir itu dan memanggil duta Israel di Amman untuk menyerahkan nota protes diplomatik.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri rejim tersebut, Ariel Sharon pernah melawat kawasan itu pada 2000 lalu yang menyebabkan berlaku kebangkitan atau intifada buat kali kedua.

Masjid Al-Aqsa yang dikenali Haram al-Sharif, terletak di kota lama Baitulmaqdis, merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih kepada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berbincang mengenai lawatan kontroversi Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir ke pekarangan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Palestin.

Majlis yang dianggotai seramai 15 orang itu akan bersidang pada pukul 3 petang (waktu tempatan) di ibu pejabat PBB di New York berikutan permintaan dari Emiriyah Arab Bersatu dan China.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Al Mansour berkata, ia adalah komuniti antarabangsa yang menentukan nasib mempertahankan dan melindungi status quo Islam dan Kristian di Bailtulmaqdis. 

 “Kami tidak akan berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan indah yang akan diucapkan esok dalam Majlis Keselamatan. Kami mahu ia dilaksanakan secara konkrit, katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan