Thursday, July 23, 2026

Teliti keperluan tambah prasekolah, tadika kerajaan di bandar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek mengakui wujudnya keperluan menambah prasekolah dan tadika kendalian agensi kerajaan di kawasan bandar.

“Buat masa ini, isu itu menjadi antara keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sehubungan dengan itu, KPM sedang meneliti keperluan serta kewajaran untuk menambah kelas prasekolah dan tadika kerajaan yang kekurangan di kawasan bandar.

“Ada bincang dengan Ketua Setiausaha KPM, dan Ketua Pengarah Pendidikan kementerian bahawa ada keperluan ketika ini untuk melihat dan menambah (prasekolah).

“Kita sedang melihat keutamaan tersebut. Dasar yang berkait rapat dengan sekolah ini juga akan dipercepatkan,” katanya kepada media selepas sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, hari ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan