30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Seorang rakyat Malaysia, korban di hotel kasino Kemboja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG rakyat Malaysia antara yang maut dalam kebakaran di hotel kasino di Poipet, Kemboja.

Wanita berusia 73 tahun dan suaminya warga Thailand maut dalam kebakaran yang berlaku di hotel kasino Grand Diamond City di Poipet, Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja pada 11.30 malam (waktu tempatan) Rabu.

Wanita itu, yang namanya dirahsiakan dan suaminya berusia 70 tahun pergi ke Poipet untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuannya.

M. Ramesh, saudara kepada si mati berkata ahli keluarga cuba menghubungi kedua-dua mereka ketika mengetahui tentang kebakaran itu.

“Mereka kemudiannya dijumpai terkunci di dalam bilik hotel mereka.

Advertisements

Kedua-duanya ditemukan mati akibat terhidu asap,” katanya kepada Bernama.

Ramesh mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan Bangkok atas bantuan menghantar pulang jenazah.

Wanita itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Thai Islam di Bangkok pada petang Sabtu.Pengebumian dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Kebakaran itu mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang, 17 warga Thailand, seorang warga Malaysia dan seorang warga Nepal.

Timbalan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana, Kun Kim berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas, lapor AFP. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan