30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM tidak kompromi penjawat awam minta, terima rasuah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana jemaah Kabinet mahu pun penjawat awam yang bertindak melakukan kecuaian.

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini kerana beliau masih mendapati ada kelompok-kelompok kecil yang masih mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.

“Saya beritahu kepada rakan-rakan menteri tadi ada kelompok kecil yang masih cuai dan meneruskan adegan lama mengutip habuan meletakkan kos tambahan dan menentukan ada hadiah besar.

“Saya mohon kerjasama sepenuhnya kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah merobohkan dan rosakkan negara kita selama ini.

“Saya akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil terbabit kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan yang dipimpin,” katanya dalam ucapan Munajat Tahun Baharu di Masjid Putra malam tadi.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon kerjasama kerana sejumlah besar penjawat awam dan badan penguatkuasaan mengerti dan faham tetapi kelompok kecil ini mesti dihapuskan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, biarpun perutusan sempena tahun baharu 2023 dibuatnya dari mimbar Masjid Putra, namun ia bukan hanya memberi peringatan kepada umat Islam semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau, perutusan itu turut ditujukan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

“Mesej ini adalah kepada orang Islam dan bukan Islam,” katanya

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang diadakan di Masjid Putra Putrajaya.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan