29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zahid, Fadillah mohon rakyat ganding bahu bersama Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat agar rakyat terus berganding bahu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Menerusi ucapan Tahun Baharu 2023 yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, Ahmad Zahid turut berikrar untuk komited dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Sementara cabaran mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai, saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

“Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini,” katanya dalam video ucapan itu.

Ahmad Zahid turut berharap rakyat akan sederap bersama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk tahun 2023.

Beliau yang juga Presiden UMNO berharap semua pihak dapat bersama-sama dalam menghadapi segala cabaran yang akan ditempuhi tahun depan.

Advertisements

“Pastinya segala kejayaan akan kita raikan bersama. Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai. Selamat Tahun Baharu 2023,” katanya.

Sementara itu, ucapan tahun baharu 2023, turut diucapkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau meminta rakyat bersama-sama Kerajaan Perpaduan untuk kembali bangkit merangka dan menyusun atur kehidupan yang terkesan pasca COVID-19.

“Marilah kita bersama mencari titik persamaan merentasi kaum, agama dan fahaman politik, serta berpegang teguh kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan