29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pembangunan diteruskan, namun tak abai rakyat bawahan – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBANGUNAN dalam negara perlu diteruskan namun tidak boleh mengabaikan nasib rakyat bawahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata amanat tahun baharu berkenaan  sempena program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

“Kita harus manfaat kekuatan sedia ada untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan pelabur.

“Untuk itu, kerajaan akan terus perkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik, bebas rasuah dengan memastikan Malaysia bukan tempat untuk pemimpinnya menggondol kekayaan,” katanya.

Ujar beliau lagi, Kerajaan juga telah mendapat senarai pelabur dari negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang dan melihat sendiri perkembangan di Malaysia khususnya dari aspek ekonomi.

“Kita juga harap ada tumpuan baharu yang boleh ditingkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih meyakinkan.

“Ini perlu kerana Malaysia adalah negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan domestik dan luar negara,” katanya.

Selain itu menurut beliau, kestabilan politik dan tadbir urus yang baik, langkah lain yang harus diambil ialah dengan usaha mempercepat proses kelulusan dengan menjamin bahawa Malaysia ini bukan tempat pemimpin-pemimpin menggondol kekayaan dan bukan untuk mencari helah menerima komisen.

“Budaya baru akan diterapkan dan Malaysia mesti kembali gemilang!

Sementara itu, Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Anwar mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Meskipun sambutan Ambang Tahun Baharu yang lazimnya diraikan di Dataran Merdeka telah dibatalkan, ia tidak menghalang masyarakat daripada meraikannya secara penuh hikmah.

Penganjuran program munajat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini telah dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan