25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

20,598 pesawah terima manfaat Bantuan khas BERNAS

Bantuan khas berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi tahun 2022 yang akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 20,598 pesawah di seluruh negara bakal menerima manfaat daripada Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bagi tahun 2022.

Bantuan khas berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi tahun 2022 yang akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.

Pemberian berkenaan diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, menerusi kenyataan di sini.

Bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan.

Advertisements

Menurut Mohamad, pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.

Tambahnya MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” katanya.

Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan YAB Perdana Menteri supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan