Friday, June 5, 2026

Hospital Selayang kenakan caj parkir mulai 1 Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HOSPITAL Selayang akan mula mengenakan caj parkir kenderaan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan dan info grafik di Facebook rasminya hari ini.

Hospital Selayang memaklumkan, kadar caj dicadangkan mengikut tempoh masa ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, tempoh 15 minit pertama percuma, manakala RM2 dikenakan bagi setiap jam.

“Kadar maksimum RM14 sehari, bagi kehilangan tiket dan clamping fee (kunci tayar) masing-masing dikenakan bayaran sebanyak RM50,” kata kenyataan itu.

Pelaksanaan caj parkir kenderaan itu menggunakan sistem parkir mekanikal, tanpa tunai dan bayaran automatik. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan