30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Presiden FAM menghadap Agong di Doha, Qatar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Doha, Qatar pada aksi separuh akhir saingan Piala Dunia 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, Hamidin hadir ke Qatar atas jemputan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino bagi menghadiri perlawanan separuh akhir dan final Piala Dunia.

“Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Hamidin yang turut mempersembahkan jersi Harimau Malaya yang baharu kelmarin.

Advertisements

“Dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit itu, Seri Paduka Baginda dan Hamidin turut menyentuh mengenai kepentingan hubungan dua hala Malaysia dengan negara luar terutama ahli gabungan FIFA.

“Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula kelmarin.

“Lawatan khas itu juga adalah atas persilaan peribadi Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, sempena temasya Piala Dunia Qatar 2022,” kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan