27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Menginsafi keputusan PRU-15…

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

MUHYIDDIN Yassin dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk membentuk kerajaan sekali gus ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas PRU-15.

Dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan menolak sebarang koalisi dengan PH, bermakna Anwar Ibrahim kempunan lagi untuk menjadi PM, sebaliknya kekal sebagai “PM tepi”.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah selamatkan negara ini daripada jatuh ke tangan orang-orang yang Dia murkai.

Allah nak selamatkan Malaysia daripada berketuakan seorang banduan yang dua kali dipenjarakan atas perlakuan tidak bermoral, pemimpin yang didukung oleh anasir luar dan golongan LGBTQ.

Maka Allah jadikan beliau hampir-hampir berjaya manakala usaha yang dilakukan melalui “tali barut” beliau dalam UMNO dan BN juga mengalami kegagalan.

Inilah kuasa Allah. Manusia hanya merancang namun sebaik-baik perancangan adalah datangnya daripada Yang Maha Esa.

Dalam usia 75 tahun, peluang Anwar untuk menjadi PM yang diusahakan sejak lebih 30 tahun lalu semakin sukar dan tipis.

Advertisements

Yelah, usia tidak menunggu sehingga apa yang dikejar akan tercapai baru ia berakhir.

Allah juga mahu menyedarkan UMNO dan para pemimpinnya sebagai sebuah parti keramat agar tidak sombong dan angkuh.

Isyarat sudah diberikan sebelum ini namun keangkuhan dan kesombongan mereka menutup segala kepincangan apabila diberikan sedikit kemenangan di Melaka dan Johor.

Allah juga mahu menyedarkan Tun Mahathir Mohamad, dengan memberikan kekalahan memalukan di Langkawi.
Hilang wang deposit adalah isyarat daripada Allah agar beliau “sudah-sudahlah mengejar kuasa dan duniawi”. Apa lagi yang mahu dicari ketika usia pun hampir 100 tahun.

Nak kejar kuasa dalam usia sebegitu, sedangkan Allah sudah turunkan nikmat kepadanya menjadi penguasa selama 22 tahun 22 bulan, pemimpin paling lama berkuasa.

Jika kita semua bermuhasabah diri, maka kita akan dapat melihat apa yang berlaku semalam, dengan kuasa rakyat Allah menghantar peringatan kepada semua.

Semoga Muhyiddin dan barisan kepimpinan kerajaan baharu Malaysia dapat mentadbir dan menguruskan negara ini dengan penuh iltizam, jujur dan amanah.

Hanya kepada-Nya juga kita seharusnya berserah!

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan