28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi – KJ

Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur segera selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dengan memberi gambaran desakan tersebut, Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, apabila kalah dalam ‘peperangan’, panglima besar mesti mempunyai maruah untuk mengambil tanggungjawab.

“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden (Ahmad Zahid) mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Khairy antara pemimpin muda dalam UMNO yang tewas dalam PRU15 setelah ditempatkan di parlimen Sungai Buloh yang menjadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) sejak PRU-12.

Dengan majoriti dimenangi PH, S Sivarasa pada PRU-14 sebanyak 26,634, Khairy berjaya menurunkan lebih 20,000 majoriti tersebut dengan kekalahan tipis majoriti 2,693 undi di tangan calon PH, Datuk R. Ramanan.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut tampil mendesak Ahmad Zahid supaya meletak jawatan sebagai Presiden UMNO susulan kekalahan BN dalam PRU15.

Diikuti Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang melepaskan jawatan Ketua Penerangan UMNO serta mendesak Ahmad Zahid turut meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut membuat desakan yang sama ke atas Ahmad Zahid.

Untuk rekod, keputusan PRU15 menyaksikan BN hanya meraih 30 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) yang menang 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) yang menguasai 73 kerusi Parlimen.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan