34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PM harap operasi selamat krew terperangkap lancar

Hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar operasi menyelamat 30 krew yang terperangkap di dalam Gua Tempurung, Perak berjalan lancar.

Beliau berkata, kesemua yang terperangkap adalah akibat banjir kilat.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba dan polis. Saya juga meminta pihak berwajib untuk memberikan kemaskini mengenai status operasi dari semasa ke semasa.

“Semoga operasi menyelamat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan dan kesemua krew dapat ditemui segera,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terkini, 30 kru perfileman warga tempatan dan Singapura yang terperangkap di Gua Tempurung, Perak ekoran air naik mendadak berjaya diselamatkan dan dibawa keluar pukul 6.10 petang tadi.

Advertisements

Hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4 petang.

Berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan