25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Dua nelayan ditahan, polis rampas ganja RM1.43j

Suspek direman sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua nelayan dan merampas ketulan mampat ganja seberat 573 kilogram (kg) dianggar bernilai RM1.43 juta dalam dua serbuan di Tanjung Bungah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bersama JSJN Bukit Aman dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah pondok pada jam 1.40 pagi yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun.

“Menerusi serbuan itu, polis merampas lapan guni mengandungi 243 bungkusan ketulan mampat ganja seberat 246 kg.

“Susulan itu, serbuan kedua dilakukan kira-kira 15 minit kemudian dan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 58 tahun ditaha di atas bot kira-kira 600 meter dari pesisir pantai.

“Suspek cuba melarikan diri tetapi dapat ditahan bersama 11 guni mengandungi 321 bungkusan daun kering disyaki ganja seberat 327.342kg,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ujar Soffian lagi, siasatan mendapati sindiket yang mendapat bekalan dari negara jiran menggunakan laluan laut itu aktif sejak Julai lalu bagi edaran pasaran tempatan

Advertisements

Menurutnya, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dadah dan masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Hasil siasatan awal, suspek kedua mengakui semua dadah itu.

“Bot diserbu ketika suspek kedua cuba memindahkan ganja berkenaan dan cuba melarikan diri namun dapat dipintas oleh anggota PPM,” katanya.

Menurut beliau lagi, semua dadah dan sebuah bot berukuran kira-kira sembilan meter panjang bersama enjin 200 kuasa kuda disita, keseluruhannya bernilai RM1.523 juta.

“Jika beredar dalam pasaran dadah berkenaan boleh digunakan oleh 1.16 juta penagih.

“Suspek direman sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan