27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Polis terima laporan insiden nelayan dengan Coast Guard Singapura

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU laporan polis dibuat wakil nelayan Johor susulan insiden pertengkaran mulut antara kumpulan nelayan berkenaan dan Coast Guard Singapura seperti tular dalam media sosial petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan itu pada 2.30 petang semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Terkesan satu video tular melalui media sosial berdurasi lebih dua minit menunjukkan satu insiden pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan nelayan Malaysia dan Coast Guard Singapura berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil nelayan Malaysia yang terlibat serta siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan 10 nelayan tempatan mendakwa dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Link Kedua, Iskandar Puteri, 5.30 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad dilapor berkata mengakui kesal dengan tindakan pihak berkuasa Singapura itu apabila kumpulan nelayan berkenaan mendakwa dihalau dengan kata-kata kesat. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan