25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PRU15: Tun M cadang pengundi dilarang bawa telefon bimbit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit ke bilik mengundi bagi menjaga kerahsiaan dan mengelak rasuah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pengundi boleh merakam gambar kertas undi yang ditanda calon tertentu sebagai bukti untuk kemudian mengambil rasuah.

Beliau berkta, terdapat banyak kelemahan setiap kali pilihan raya berlangsung, namun, tiada sebarang tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengekang masalah ini.

“Jika tidak dibetulkan rasuah, penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya nanti.

Advertisements

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti akan hulur wang.

“Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh menggunakan maklumat untuk melakukan sogokan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

SPR menetapkan 19 November ini sebagai tarikh mengundi PRU15 manakala 5 November sebagai hari penamaan calon. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan