Thursday, July 23, 2026

PRU15: Pilih Melayu penjenayah atau Melayu bebas kes jenayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG Melayu ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi Melayu.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), orang Melayu boleh membuat pilihan.

“Antara Melayu ‘penjenayah’ dalam UMNO dan orang Melayu yang bebas dari kes-kes jenayah dari parti Pejuang serta rakan-rakan yang semuanya Melayu.

“Pejuang mewakili empat parti politik Melayu iaitu Pejuang, Putra, Iman dan Berjasa serta ramai orang Melayu yang tidak dibenar aktif dalam politik.

“Masalah orang Melayu terutama kemiskinan dan kehilangan tanah menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pada masa sama, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, keluhuran undang-undang akan dihormati.

“Kuasa tidak akan disalah guna. Rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun.

“Negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan